Sunday, April 26, 2009

noTE KuLiAH 1 (20-04-2009)

definisi KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu kaedah yang dirancang untuk menghasilkan satu matlamat bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan perkembangan melalui perubahan yang sistematik dan berkesan agar kesan yang diperolehi mampu mengubah amalan sedia ada
Ia juga merupakan satu proses untuk mengumpul dan analisis data untuk memperolehi maklumat sebenar tentang sesuatu kajian nuntuk tujuan perubahan.



proses KAJIAN TINDAKAn


KENAL PASTI MASALAH

KAJIAN KEPERPUSTAKAAN

MENENTUKAN PENDEKATAN KAJIAN

MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA

MEMBINCANGKAN DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN


contoh KAJIAN TINDAKAN


contoh kajian tindakan adalah bagaimana mengkaji permaslahan "kelemahan teknik penyampaian guru terhadap topik sirah atau sejarah merupakan punca yang menyumbang kepada kurang minat pelajar terhadap topik tersebut."

setelah permasalahan dikenalpasti, pembentangan teknik kajian diperkenalkan dan teknik pengumpulan data dan proses kajian dilakukan. melalui teknik kajian yang terancang, kajian dilakukan dengan sistematik dan teliti agar dapatan data merangkumi permasalhan yang ingin diselesaikan.

setelah data dapat dikumpulkan, kajian dilakukan dan daripada hasil kajian tersebut maka dinyatakan sejauhmanakah tahap atau peringkat keseriusan permasalahan tersebut. selain itu, pemantauan terhadap perolehan data tersebut di lengkapkan dengan mendatangkan satu caadangan tindakan atau langkah yang mampu mengubah serta memperbaiki mutu atau teknik pengajaran sirah yang paling berkesan demi meningkatkan tahap minat pelajar terhadap matapelajaran ini.

kajian dilakukan secara menyeluruh dan merangkumi jumlah ujikaji yang mampu memberikan gambaran umum terhadap semua bahan ujikaji bagi menyokong kesahan ujian yang dijalankan...