Wednesday, May 13, 2009

noTe kuLiah 4 (11 mEi 2009)

BENTUK-BENTUK KAJIAN

1)KAJIAN EXPERIMENTAL
- merupakan kajian kuantitatif.

2)KAJIAN TINJAUN
- kajian tinjauan bukan kajian tindakan.
- merupakan input awal.
- analisis keperluan sebelum membuat interventasi.

3)KAJIAN KEPUSTAKAAN
- sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.

MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN
- berdasarkan ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- kemahiran ini digunakan apabila : terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
- membuat pilihan atau keputusan.

Langkah Pengguan :
a)Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan.
b)Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
c)Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.

Sunday, May 10, 2009

buKU ULasaN...

tajuk : the art of action research in the classroom
pengarang : christine macintyre(2000)
penerbit : David Fulton Publishers, LONDON

noTE kuLIAh 3..(4 mEi 2009)

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

JENIS PERUBAHAN




PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

EVOLUSI : Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
: Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
REVOLUSI : Perubahan yang pantas.
: Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.


PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI












Wednesday, May 6, 2009

tASk 1..

AKTIVITI 1

SELEPAS BINA BINA INSAN GURU 2, LAKUKAN REFLEKSI KE ATAS MASALAH DALAM DIRI ANDA:

- SENARAIKAN PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN DALAM DIRI ANDA.
- RANCANG PELAN TINDAKAN UNTUK MEMBAIKI MATLAMAT DAN SENARAIKAN OBJEKTIF.
- NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL.
- RANCANG BAGAIMANA ANDA INGIN MEMANTAU APA YANG DIRANCANG DILAKSANAKAN.
- BAGAIMANA ANDA INGIN MEMANTAU APA YANG DIRANCANG DILAKSANAKAN.
- BAGAIMANA ANDA INGIN MENILAI SAMA ADA APA YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF.


KELEMAHAN
• Kelemahan mental/ tidak proaktif
• fizikal – kekurangan stamina dan pergerakan yang terhad
• pengurusan masa
• memahami kehendak aktiviti/ maksud tersirat aktiviti
• pengurusan organisasi/ pengendalian kumpulan
• komunikasi

PELAN PENAMBAHBAIKAN
• Pengendalian kumpulan, berani membuat keputusan yang terbaik mengikt keadaan
• Pengurusan fizikal/ pembinaan stamina yang tinggi dan bersemangat
• Pengurusan masa yang lebih efektif/ teknik pengurusan masa yang berkesan
• Komunikasi yang berterusan dan kerap serta proaktif dalam membina idea

MATLAMAT UMUM
`Menerima dan mengambil segala input serta kelebihan yang ada sepanjang di UKM bagi membina jatidiri serta menjadi guru yang proaktif serta berkebolehan’



OBJEKTIF
• Menerima segala kelebihan dan keemahan dalam diri dan mengenalpasti cara untuk memperbaiki kelemahan
• Berusaha member peluang untuk diri bagi meningkatkan kemahiran dan kekuatan diri untuk lebih proaktif dan bersedia

PELAN TINDAKAN
Langkah yang perlu diambil :
• Menukar teknik pengurusan masa dan aktiviti harian agar dapat diseimbangkan dengan corak kehidupan yang berkesan
• Kekerapan melakukan aktiviti fizikal yang mencabar minda dan stamina bagi mendapatkan kekuatan diri dan suntikan semangat yang paling efektif serta mampu membina keyakinan diri
Bagaimana mengumpul data :
• Ikut perancangan, kenali teknik bagaimana pengurusan masa yang berkesan
• Catatan aktiviti harian serta aktiviti yang dilakukan diselia dengan baik
Bagaimana memantau ape yang dirancang :
• Sediakan jadual, gunakan semakan supaya boleh diubah dari semasa ke semasa
• Sediakan maklumat pantauan secara berkala, target untuk dicapai dan dapatan sepanjang pemantauan
Bagaimana memantau penilaian :
• Pastikan hasil pemantauan yang diperolehi direkodkan dan diselia dengan baik
• Penilaian juga diselaraskan dengan jadual pemantauan yang efektif mengikut tahap kemampuan diri.
• Meminta bantuan bagi mengenalpasti kesahihan teknik serta tatacara pemantauan yang berkesan.

tASk 2..

Aktiviti 2: Kumpulan Pendidikan Islam

1. Masalah : (umum)

- Masalah mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam proses pengajaran
- Kurang teknik pengurusan dan pengawalan bilik darjah.

2. Penambahbaikan:

- Menyusun strategi bagaimana mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari selangkah demi selangkah.
- Mendedahkan kaedah/teknik terbaik untuk mengurus dan mengawal bilik darjah.

3. Matlamat:

- Menguasai kaedah yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi kemaslahatan ummah

4. Objektif:

- Memahami teori-teori
- Menguasai teori-teori untuk pengajaran
- Mengaplikasi dan mendapat faedah bagi guru dan pelajar

5. Pelan Tindakan:

a) Contoh masalah: subjek bab sirah. Pelajar bosan dan kurang minat untuk belajar sejarah.
b) Bagi mengatasi masalah tersebut: pelbagaikan teknik pengajaran misalnya melalui tayangan video, lakonan, ubah suasana kelas dan kaedah-kaedah lain lagi.
c) Memastikan pemantauan dilakukan dari masa ke semasa
d) Melakukan pernilaian terhadap pelajar (melalui ujian) untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang digunakan.
e) Merujuk kepada kajian terdahulu yang pernah dilakukan sebagai penambahbaikan