Monday, June 8, 2009

tuGASAn 3...

Proposal Kajian TINDAkan

TAJUK KAJIAN:
MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN PELAJAR MELALUI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (ZOO)
BAGI SUBJEK BIOLOGI (SPESIES TERANCAM)

AHLI KUMPULAN
TENGKU MOHD HAMDAN BIN TENGKU IBRAHIM P48679
SITI SARA BINTI ABDUL RAHMAN P48633
SITI FATIMAH BINTI ARIFFIN P48612
ZAINUN BINTI YASSIN P48719
NURHUDA BINTI YAZID P48570


TAJUK:
Meningkatkan minat pelajar melalui pengajaran & pembelajaran luar bilik darjah (zoo) bagi subjek Biologi (spesies terancam).

Tujuan:
Meningkatkan minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran topik ini seterusnya menambahbaik prestasi pelajar dalam subjek biologi (spesies terancam).

Persoalan Kajian
1. Pembelajaran biologi (spesies terancam) dalam bilik darjah kurang menarik minat pelajar sekiranya dijalankan dengan teknik kuliah.
2. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif, terlalu biasa dan mengehadkan aktiviti bembelajaran secara aktif
3. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran Biologi yang dikatakan membosankan

Objektif:
1. Setiap pelajar boleh berkongsi pendapat/idea/pandangan berkaitan topik spesies terancam dalam subjek Biologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Pelajar dapat memberi penyelesaian terhadap permasalahan yang ditimbulkan dalam topik tersebut.
3. Pelajar boleh mengolah semula dan menyampaikan isi pengajaran bagi topik ini

Metodologi kajian:

Kitaran 1:

Merancang
- Mengetahui pandangan pelajar mengenai topik tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan guru dalam pengajaran subjek tersebut.
- Guru mengenalpasti kelemahan alat bantu mengajar bagi topik ini.
- Guru mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bilik darjah sebagai tempat pembelajaran.

Bertindak dan Pemerhatian
- Memberikan borang soal selidik kepada pelajar
- Membuat refleksi kendiri terhadap cara pengajaran.
- Melakukan temubual, soalselidik, penilaian sendiri mengenai ABM tersebut.
- Soal selidik, temubual kepada pelajar, soal selidik, temubual kepada guru-guru, penilaian terhadap bilik darjah.

Merefleks
- Data maklumat pemerhatian dianalisis dan masalah utama dikenalpasti
- Maklumat refleksi dikongsi bersama guru-guru lain dalam mesyuarat kemudian meminta pandangan, cadangan atau masalah baru daripada guru-guru.

Kitaran 2:

Merancang
- Menentukan apa yang hendak dilakukan terhadap permasalahan hasil refleksi kitaran 1. Menyenaraikan tindakan-tindakan yang hendak dilakukan seperti tempat, masa, isi kandungan pengajaran ,aktiviti semasa proses P&P.

Bertindak dan pemerhatian
- Menjalankan tindakan-tindakan yang dirancang.
- Menyediakan rancangan pengajaran

Mereflek
- Guru berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan(bagaimana menjalankan tindakan-tindakan/P&P di luar bilik darjah)
- Menilai dan memperbaiki Rancangan Pengajaran




Kitaran 3:

Merancang
- Guru melaksanakan rancangan pengajaran dalam P & P pada masa yang ditentukan.

Bertindak dan pemerhatian
- Guru melaksanakan Rancangan Pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tindakbalas pelajar( mengumpul maklumat)

Mereflek
- Guru menganalisis dan menilai hasil pemerhatian.
- Merancang aktiviti tindakan seterusnya.

Catatan:
- Kitaran 1 dan 2 hanya melibatkan proses persediaan, manakala kitaran 3 dan seterusnya adalah melibatkan pelaksanaan pengajaran.
-

Kepentingan Kajian:
- Kajian ini amat penting untuk menangani masalah mengenai kaedah dan suasana pembelajaran yang kurang menarik.
- Mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran subjek Biologi yang dianggap kurang menarik.
- Hasil pembelajaran boleh dikongsi bersama guru-guru yang mengajar subjek yang lain.
- Meningkatkan motivasi dan ekstem kendiri guru dan pelajar.
- Memperkasakan guru Biologi di sekolah.

No comments:

Post a Comment