Sunday, May 24, 2009

ulasan BUKU..

THE ART OF ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM

1.0 Konsep Kajian Tindakan

Kajian tindakan ialah penyiasatan dimana hasil kajian digunakan untuk digunakan sebagai praktik yang mana para pengkaji boleh fokus kepada sesuatu kajian yang mana merangkumi kajian yang perlu dijelaskan melalui peyiasatan tersebut. Ini meliputi semua aspek termasuk konsep,pelan tindakan,kesan, langkah-langkah yang membawa kepada penyelesaian bergantung kepada apa yang dicari melalui kajian tersebut.

2.0 Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian Tindakan

Ada beberapa sebab mengapa guru perlu membuat kajian tindakan.
1. Timbulnya cadangan penambahbaikan terhadap sesuatu isu atau perkara
2. Meningkatkan tahap atau kualiti aspek yang dilihat mempunyai potensi perubahan
3. Meningkatkan daya kreativiti guru dalam menguruskan kualiti dan perkhidmatan.
4. Mengetahui teknik dan kaedah terbaik yang boleh digunapakai dalam pembelajaran


3.0 Reka Bentuk Kajian Tindakan
Reka bentuk kajian tindakan adalah corak atau model yang dirujuk atau digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan.

3.1 Model

John Creswell (2002) : Kajian tindakan adalah sesuatu yang dinamik, proses yang fleksibel melibatkan langkah-langkah berikut : menentukan rekabentuk kajian tindakan yang paling bagus untuk digunakan,mengenalpasti masalah, mengesan sumber-sumber yang yang berkaitan, menentukankan maklumat penting, melaksanakan data yang dikumpulkan, analisis data tersebut, membina perancangan untuk sesuatu tindakan dan menjalankan rancangan serta refleksi, sama ada tindakan yang telah dibuat itu memberikan perbezaan dan kelainan ataupun tidak.
Secara kesimpulannya semua jenis model ini boleh digunakan bergantung kepada kontek yang ditetapkan. Semua model kajian tindakan ini juga sebenarnya mempunyai beberapa elemen yang sama antara satu sama lain, iaitu :

1. Mengenalpasti perkara yang perlu diberi tumpuan.

2. Mengumpulkan data. (tinjaun, temubual, kad laporan dll)

3. Menganalisis dan mentafsir data.

4. Mengambil tindakan.

Keempat-empat elemen ini dikenali sebagai ‘The Dialectic Action Research Spiral’.

3.2 Sampel

Sampel kajian : Meningkatkan kemahiran moto kasar dalam membantu penulisan kelas asas 5.

3.3 Setting Kajian

Kajian ini dilakukan keatas pelajar tahap 5 sekolah awal.


4.0 Prosedur Kajian Tindakan

1. Memilih topik yang relevan dan bersesuaian dalam konteks pembelajaran
2. Meneliti kekuatan kajian literatur dan kualiti kajian yang akan dilakukan
3. Mengformulasikan kajian dengan sistematik- membina soalan,borang kajian dan borang pengumpulan data
4. Merancang pelan tindakan yang teliti dan berjadual
5. Meneliti segala sumber dan potensi yang menyumbang dan menganggu kajian seperti
6. Berhati-hati dalam menjalankan pelan tindakan dan bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang datang
7. Analisa dapatan dan data serta segala perolehan dengan mengasingkan data segala peringkat proses kajian.
8. Menjalankan tindakan selepas kajian


5.0 Pengumpulan Dan Penganalisan Data

Teknik pengumpulan data adalah secara pengumpulan kualitatif.


5.1 Instrument Kajian
1. Borang ujikaji
2. Data temubual
3. Borang uijian pencapaian pelajar
4. Borang ujian kemahiran

5.2 Teknik Pengumpulan Data
Teknik asas pengumpulan data adalah merangkumi teknik `5W question’.
Data juga dapat dikumpulkan dengan teknik :
1. Nota
2. Rakaman audio dan video
3. Pemerhatian berstruktur dan berjadual
4. Questionnaires
5. Temubual

5.3 Teknik Penganalisan Data

1. Mengekod pemantauan, temuduga dan soal jawab
2. Menyatakan pokok persoalan
3. Menganalisis elemen kesan dan kemungkinan kajian
4. Menyatakan dapatan
5. Menentukan kelemahan dapatan


6.0 Etika Kajian Tindakan

1. Setiap kajian menekankan aspek etika dalam menjalankan sesuatu kajian, dan didalam kajian ini, etika yang ditekankan adalah :
2. Protokol pemerhatian
3. Jujur dalam menjalankan ujikaji
4. Keyakinan terhadap instrumen kajian yang disediakan
5. Kerahsiaan responden
6. Mendalami situasi dan keadaan tempat kajian
7. Kecenderungan sebelah pihak(bias)

7.0 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Kajian Tindakan

1. Kesahan kajian ini dinilai melalui cara membagkitkan persoalan terhadap hasil kajian ini. ianya merangkumi persoalan :
2. Adakah persoalan yang diberikan dapat memberikan dapatan keseluruhan persoalan yang ingin diselesaikan
3. Adakah prosedur yang dijalankan jelas dan merangkumi segala penyiasatan yang dicari dan mnepati konsep kajian
4. Adakah wujud unsur bias dalam langkah yang dijalankan
5. Bolehkah kita merumuskan perancangan yang dijalankan telah menepati segala aspek kajian yang ingin dileraikan.

8.0 Penilaian Keseluruhan

Secara keseluruhan, teknik kajian yang dijalankan adalah menepati semua aspek contoh kajian tindakan yang mana segala proses kajian dijalankan secara sistematik dan tiknik kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini juga menguatkan lagi kajian tindakan ini.

No comments:

Post a Comment